Mengenai ACM

Agricultural Chemicals > Mengenai ACM

Siapa kami

Agricultural Chemicals (M) Sdn Bhd (ACM) telah ditubuhkan pada tahun 1969 dan terletak di Pulau Pinang Malaysia. ACM adalah satu syarikat usaha-sama Malaysia — Jepun. Pemegang saham semasa ACM adalah Nihon Nohyaku Co. Ltd., Marubeni Corporation dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). Bermula dari perniagaan terasnya sebagai perumus racun perosak, ACM telah berkembang maju sebagai salah satu penggiat industri terkemuka di dalam sektor pertanian bagi produk agrokimia, jentera ladang dan produk-produk kesihatan alam sekitar.

Pusat Penyelidikan Selama

Selain daripada memiliki kemudahan pengilangan di kawasan perindustrian Perai, Pulau Pinang, Syarikat ACM juga mempunyai pusat penyelidikan yang dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Selama (SRC). SRC dengan keluasan 62 ekar di Selama, Kedah telah ditubuhkan pada tahun 1978. Terletak kira-kira sejam perjalanan dari ibupejabat ACM, SRC mempunyai pelbagai jenis tanaman tropika yang ditanam untuk tujuan penyelidikan seperti padi, sayur-sayuran, kelapa sawit, getah, tanaman hiasan, nenas, pokok berbuah and lain-lain tanaman jangka pendek.

Apa Yang Kami Lakukan

Di ACM, kami berhasrat untuk menyumbang ke arah keselamatan makanan negara dengan membekalkan produk berkualiti, jentera ladang dan kepakaran teknikal. Kami juga merupakan pembekal utama bagi produk racun serangga perosak dalam sektor kesihatan awam.

Nilai Saranan Kami

Untuk menjadi pilihan bagi penyelesaian masaalah, ACM dibangunkan dengan asas yang kukuh di mana produk, perkhidmatan dan prinsip-prinsip kami adalah:

Berkemampuan: Dengan memanfaatkan rangkaian pembekal global yang luas, kami berupaya mendapatkan sumber perawis aktif yang berkualiti untuk kegunaan formulasi tempatan agar menjadi produk-produk yang mampu dimiliki oleh pengguna.

Inovatif dan Mampan: Menyedari ilmu pengetahuan adalah sangat penting untuk mencapai kejayaan, kami akan berterusan mencari teknologi yang inovatif dari rakan-rakan perniagaan global kami dan berusaha gigih untuk menyesuaikannya bagi kepuasan pelanggan.

Disokong oleh pakar yang sedia membantu: Kami menyediakan perkhidmatan sebelum dan selepas jualan yang menepati masa serta pemindahan ilmu.

Kemudahan logistik: Kedudukan kilang pengeluaran yang berhampiran dengan hub logistik Pulau Pinang, ACM mampu memanfaatkan penggunaan sistem pengangkutan utama dengan efektif dalam menyediakan penghantaran yang tepat dan cepat. Selain itu, kami juga aktif memantau dan berkongsi informasi dan pendekatan kawalan dengan para pelanggan bagi pencegahan awal sebelum tercetusnya sebarang wabak perosak.

Tanggungjawab sosial dan alam sekitar: Adalah menjadi misi kami untuk beroperasi dalam keadaan yang selamat untuk pihak yang berkepentingan dan persekitaran bagi menggalakkan kehidupan yang lebih baik.