Penyelidikan & Pembangunan

Agricultural Chemicals > Penyelidikan & Pembangunan

Penyelidikan & Pembangunan di ACM

Aktiviti Penyelidikan & Pembangunan kami meliputi pelbagai rangkaian sektor termasuklah pertanian, landskap, kesihatan awam, mekanisasi ladang, tanaman ladang, penternakan, akuakultur, dan lain-lain. Selain daripada pembangunan dalaman, kami juga bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi R&D tempatan dan luar negara. Kerjasama tersebut telah meningkatkan profesionalisme dan pembangunan saintifik untuk sistem pengurusan tanaman bagi manfaat para petani.

Kajian Keberkesanan-Bio

Di Pusat Penyelidikan Selama (SRC), pasukan kami terdiri daripada kakitangan penyelidikan & pembangunan (R&D) yang berpengalaman menjalankan kajian keberkesanan – bio untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan efektif disamping memberi perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Penyelidikan – Makmal penyelidikan kami dilengkapi dengan kemudahan terkini untuk membangunkan rumusan baru dan lebih baik sekaligus membawa kaedah baru dalam perlindungan tanaman. Di SRC, penyelidikan & pembangunan (R&D) dijalankan secara berterusan untuk mengukur kesesuaian produk baru pada tanaman dan menilai mekanisasi ladang dan kaedah penanaman.

Ujian lapangan dan penilaian – Kakitangan ACM terlibat secara aktif dalam pelbagai ujian lapangan untuk mengesahkan keberkesanan produk di bawah keadaan penggunaan sebenar.

Pertukaran kepakaran teknikal dengan rakan niaga antarabangsa.

Kultur Tisu

Makmal kami di SRC menjalankan kultur tisu bagi tanaman tertentu. Dengan mengekalkan ‘terbaik daripada baka keturunan’, tumbuhan kultur tisu memastikan bahawa kualiti tanaman yang diklon adalah sebaik induknya, dan kurang terdedah kepada penyakit berjangkit, justeru meminimumkan kerugian kepada pengeluar agro-makanan. Tanaman kultur tisu kemudian diberikan ujian lapangan dan penilaian.