Polisi Keselamatan, Kesihatan & Persekitaran

Agricultural Chemicals > Mengenai ACM > Polisi Keselamatan, Kesihatan & Persekitaran

Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ACM

Agricultural Chemicals (M) Sdn Bhd komited untuk membangun, mengekal dan menggalakkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat. Ini merupakan komitmen kami untuk menjalankan operasi perniagaan selaras dengan usaha untuk melindungi keselamatan dan kesihatan pihak-pihak yang berkepentingan. Bagi mencapai matlamat yang diingini, maka adalah dasar kami:

1. Untuk mencegah kecederaan, penyakit dan keuzuran di tempat kerja bersesuaian dengan tujuan, saiz dan konteks organisasi serta risiko keselamatan dan peluang pembaikan yang telah dikenal pasti.

2. Untuk mengurangkan dan menangani risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dengan melaksanakan langkah pengawalan yang efektif dan bersesuaian.

3. Untuk mematuhi semua undang-undang dan peraturan keselamatan dan kesihatan dan undang-undang lain yang berkaitan dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk memperbaiki aspek keselamatan dan kesihatan.

4. Untuk menjalankan program pencegahan kemalangan dan penyakit yang efektif dengan penglibatan semua pekerja dalam usaha untuk menangani bahaya di tempat kerja.

5. Untuk meningkatkan prestasi keselamatan dan kesihatan secara berterusan melalui penetapan perjalanan operasi Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan (OH&S).

6. Untuk menggalakkan penyertaan dan penglibatan semua pihak dalam syarikat bagi menerapkan dan mengekalkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat sebagai langkah pencegahan kepada kecederaan dan penyakit pekerjaan.

7. Untuk menyediakan polisi keselamatan dan kesihatan kepada orang ramai dan semua pihak yang berkepentingan yang mempunyai keperluan untuk menilai.

8. Untuk sentiasa menilai polisi keselamatan dan kesihatan secara berkala bagi memastikan ianya masih relevan dan sesuai kepada operasi syarikat.

Polisi Alam Sekitar ACM

Agricultural Chemicals (M) Sdn Bhd komited untuk berterusan meningkatkan prestasi dalam pemeliharaan alam sekitar dan mencegah pencemaran di dalam produk, perkhidmatan dan di setiap aktiviti perniagaan kami, melalui perlaksanaan Sistem Pengurusan Alam Sekitar. Bagi mencapai matlamat yang diingini, maka adalah dasar kami:

1. Untuk melindungi alam sekitar daripada pencemaran yang berpunca dari jenis perniagaan kami.

2. Untuk mematuhi semua undang-undang dan peraturan alam sekitar dan undang-undang lain yang berkaitan.

3. Untuk membina kesedaran dalam kalangan para pekerja, pelanggan, pembekal, dan pihak berkepentingan dalam menangani isu-isu berkaitan alam sekitar.

4. Untuk menggalakkan pengurangan, penggunaan semula dan kitar semula sisa buangan.

5. Untuk menggunakan teknologi dan aplikasi lestari bagi pencegahan pencemaran dan peningkatan prestasi alam sekitar yang berterusan.

6. Untuk sentiasa menilai keberkesanan polisi alam sekitar secara berkala bagi memastikan ianya masih relevan dan sesuai dengan operasi syarikat.

Polisi ni akan disampaikan kepada semua pekerja dan pihak yang berkepentingan serta kepada orang ramai melalui media terpilih.