Mekanisasi

Agricultural Chemicals > Mekanisasi

Penggunaan jentera di dalam pekerjaan

Mekanisasi memainkan peranan penting dalam memudahkan operasi intensif buruh ladang dan pergantungan kepada pekerja, buruh asing, ianya melegakan penanam dan petani yang kian meningkat usia berikutan generasi muda yang kurang berminat untuk bertani. Produktiviti serta hasil pertanian dan ladang dapat dipertingkatkan melalui penggunaan mekanisasi yang membantu mengurangkan kos pengeluaran, dan mencapai operasi yang menepati masa, ketepatan yang lebih baik serta mendapatkan pencapaian optimum bagi input pertanian.

Di ACM, kami mempunyai rangkaian aplikator yang berkualiti, peralatan perlindungan peribadi dan mekanisasi bagi memenuhi kehendak industri pertanian untuk penjagaan tanaman, penyemaian / pemindahan padi, penyediaan tanah, pembajaan, penggiat tanah dan landskap; sains alam sekitar bagi kawalan vector; akuakultur dan banyak lagi. Selain menjadi pengedar bagi jenama terkemuka di dunia, iaitu JACTO dan MARUYAMA, kami juga mereka bentuk aplikator yang dipatenkan oleh kilang sendiri. Semua aplikator dan mekanisasi kami telah diuji di lapangan dan terbukti atas keberkesanan dan produktiviti yang lebih baik.

Kerjasama, Pemindahan Teknologi dan Demonstrasi Produk

Berikut adalah beberapa aktiviti yang telah diadakan di seluruh Negara:

BSA (Boom Sprayer Applicator) memudahkan aplikasi dan berkesan di ladang nanas

Penyembur bermotor Maruyama memastikan liputan larutan semburan yang baik dikebun sayur

BSA (Boom Sprayer Applicator) adalah pelbagai guna, ia memberikan mobility yang tinggi dan kestabilan di sawah padi

Demonstrasi penyembur udara Jacto Arbus 400 Golden di dusun mangga

Jacto AJ401 mampu mencapai semburan setinggi 20 m dengan liputan yang baik untuk pengawalan makhluk perosak dan penyakit

Pameran

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA)

Seminar UsahawanPadi 2010 IADA, Seberang Perak