Anugerah & Pensijilan

Agricultural Chemicals > Mengenai ACM > Anugerah & Pensijilan

Pensijilan
ISO 45001 : 2018

Disijilkan oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd melalui pematuhan ISO 45001:2018 QMS

Skop Pensijilan :
Untuk pembangunan, formulasi, pengilangan dan penjualan bahan kimia pertanian dan penjualan peralatan ladang.

Lokasi tapak :
Ibupejabat ACM dan Pusat Penyelidikan Selama.

Pensijilan ISO 9001:2015

Disijilkan oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd melalui pematuhan ISO 9001:2015 QMS

Skop Pensijilan :
Untuk pembangunan, formulasi, pengilangan dan penjualan bahan kimia pertanian dan penjualan peralatan ladang.

Lokasi tapak :
Ibupejabat ACM dan Pusat Penyelidikan Selama.

Pensijilan ISO 14001 : 2004

Disahkan oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd dengan mematuhi Pengurusan Alam Sekitar

Pensijilan OSHAS 18001 : 2007

Disahkan oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd dengan mematuhi sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Anugerah SME100

ACM telah memenangi anugerah ‘SME 100 Fast Moving Company 2013’ Malaysia, satu anugerah pengiktirafan tahunan anjuran Majalah SME & Keusahawanan. Anugerah ini mengenal pasti dan mengiktiraf pencapaian Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia dan ACM amat berbangga menjadi salah satu pemenang.

Dengan perolehan yang semakin meningkat dan pendapatan yang amat menggalakkan, ACM telah berada di kedudukan yang kukuh untuk perkembangan pesat dalam tempoh terdekat ini. Ini terbukti dengan tumpuan menyeluruh ACM di dalam meningkatkan penglibatan dalam pasaran dan aktiviti di pasaran domestik dan antarabangsa dengan memanfaatkan rangkaian luas kami untuk penyumberan strategik dan perkongsian.

Anugerah ‘Enterprise 50’

(tempat ke-11)

Pada tahun 1999, ACM telah mendapat tempat ke-11 di antara 50 syarikat terbaik di Malaysia.

Anugerah Kecemerlangan Industri Malaysia 1995

Anugerah Khas bagi Keluaran Inovatif

Pada tahun 1995, ACM diiktiraf dan dianugerahkan dengan Anugerah Kecemerlangan Industri Malaysia 1995 – Anugerah Khas Keluaran Inovatif atas penghasilan Basmi 1% Jumbo, yang pertama dari produk sejenisnya di dalam teknologi pengaplikasian racun rumpai ke atas padi. Tablet jumbo ini boleh diaplikasikan dengan mudah ke sawah padi sama ada dengan meletakkannya secara sama rata ke sawah yang di penuhi air atau dengan melontarnya dari batas. Kesan sosio ekonomi dari penggunaan produk ini dapat menjimatkan tenaga kerja, masa dan kos dengan berkesan.

Anugerah Korporat Cemerlang Hari Merdeka

Pada 1994, sebagai pengiktirafan terhadap penekanan dan pelaburan syarikat di dalam pembangunan dan penyelidikan, ACM telah dianugerahkan Anugerah Korporat Cemerlang Hari Merdeka bagi tempat ke-24 daripada 100 syarikat di Malaysia dengan perbelanjaan yang paling banyak terhadap Penyelidikan dan Pembangunan Sains dan Teknologi.