Produk-produk Penjagaan Tanaman dan Sains Persekitaran

Agricultural Chemicals > Produk & Perkhidmatan > Produk-produk Penjagaan Tanaman dan Sains Persekitaran > Penggalak Pertumbuhan Tanaman – BICOMINE®

Penggalak Pertumbuhan Tanaman

INI IKLAN RACUN MAKHLUK PEROSAK

Nama Dagangan:
BICOMINE®

Bahan Aktif:
p-Nitrophenol Sodium,
o-Nitrophenol Sodium,
5-Nitroguaiacol dan lain-lain bahan mikroorganik untuk pertumbuhan

Formulasi:
Cecair

Saiz Bungkusan:
250 ml (Saiz lain disediakan berdasarkan permintaan)

Ciri-ciri:
– BICOMINE® bertindak dengan merangsangkan pembahagian sel tumbuhan, menghasilkan lebih klorofil dan protin di mana ia menggalakkan pertumbuhan tunas aksil, pembentukan bunga dan pendebungaan, seterusnya menambahkan berat buah dan mempercepatkan tempoh matang tumbuhan.

– Menurut beberapa kajian toksikologi, BICOMINE® telah terbukti tidak bertoksik dan tiada kesan sampingan terhadap tanaman, binatang serta manusia.

– BICOMINE® berbeza daripada hormon tanaman yang lain, di mana ia boleh digunakan pada sebarang peringkat pertumbuhan tanaman.

Aturan Penggunaan

Tanaman
Dos
(Per 18 liter air)
Cara Penggunaan
Peringkat Pertumbuhan
Rawatan
Sayuran Dedaun
Sawi, Sawi Hijau, Bayam, Kailan dll.
3 ml Benih Rendam benih dalam larutan selama 4 – 6 jam.
Semaian Sembur sekali ketika di peringkat 3 helai daun.
Ladang Ulangi semburan setiap 10 – 15 hari.
Sayuran Berbuah
Mentimun, Terung, Peria, Cili Bulat, dll.
3 ml Selepas pengeluaran bunga pertama Ulangi semburan setiap 7 – 10 hari sebanyak 6 – 8 kali.
Kukurbit
Tembikai, Kundur, dll.
3 ml Semaian Ulangi semburan setiap bulan.
Berbunga Sembur sekali semasa berbunga.
Berbuah Ulangi semburan setiap 7 – 10 hari.
Pokok Buah-buahan
Rambutan, Jambu Batu, Durian, Belimbing, Limau Kasturi, Limau, dll.
3 ml Berbunga Ulangi semburan setiap 7 – 10 hari.
Berbuah Ulangi semburan setiap 10 – 15 hari.
Tanaman Hiasan
Bunga-bungaan, Rumput Turf
3 ml Benih Rendam biji benih dalam larutan selama 12 jam.
Berbunga Sembur sekali pada putik bunga.
Pertumbuhan Sembur pada daun sebanyak 2 – 3 kali.
Padi 3 ml 40 hari selepas tabur benih

a) Campur 3 ml Bicomine® + 100 ml Amigrow dalam 18 liter air atau (AMIGROW® 1.2 liter / ha) diikuti 7 hari kemudian dengan

b) Campur 3 ml Bicomine® + 100 ml Hi-PK™ dalam 18 liter air atau (Hi-PK™ 1.2 litres / ha).

c) Ulangi semburan (b) setiap 7 – 10 hari sehingga peringkat padi bersusu.

Nota : Jangan sembur apabila padi mula berbunga supaya tidak mengganggu proses pendebungaan.

Tembakau 3 ml Semaian Sembur sekali semasa semaian.
Ladang Ulangi semburan setiap 10 – 15 hari.
Koko 3 ml Pokok yang mula berbuah Sembur 2 minggu sekali
Untuk merangsang pertumbuhan cantuman tepi Sembur pada cantuman tepi apabila 2 minggu selepas lapisan plastik yang melindungi cantuman tepi telah ditanggalkan. Ulangi semburan setiap 2 minggu sehingga cantuman mencapai panjang 1 kaki.